Sunday, February 17, 2008

Mesyuarat AJK PIBG 2008

Sabtu 16 Februari 2008 : Mesyauart AJK PIBG telah diadakan di Bilik Gerakan Makmal Komputer Sekolah Ulu Yam Lama. Mesyuarat AJK PIBG ini adalah kali pertama bagi sesi 2008. Ia bertujuan untuk menetapkan tarikh mesyuarat Agung PIBG Kali ke 33. Sehubungan itu, semua AJK bersetuju untuk menetapkan 1 Mac 2008 sebagai tarikh Mesyauarat Agung PIBG kali ke 33. Notis Mesyuarat akan diedarkan pada 18 Februari 2008 kepada semua ahli PIBG SKUYL.